LOVE

My photo
-Sarah & Sabastian ... percintaan antara BENUA .. takdir yang menemukan mereka.. dan takdir jua yang bisa menentukan nasib percintaan mereka .... terpisah dek jarak n waktu ... namun MASA penentu segalanya ....

Friday 22 April 2011

chapter 4 ~ 2

jiwa ku gelisah
setelah segala onak dan ranjau
yang telah pernah aku lalui ....
mematangkan hidupku ini ..

namun..
aku sering dibayangan kenangan silam
yang membuatkan aku takut untuk berharap
takut kecewa..
aku sudah puas merana
sudah puas menangis
namun ...
apakan daya diriku ini
airmata adalah peneman setiaku ...

aku menangis dikala aku sedih ..
disaat aku hilang semangat ..
disaat aku hilang arah ...
aku manangis semahu mahunya ....
ruang bilik kesayangnya ku ini...
menjadi saksi kepada segala apa yang kurasa

namun...
aku akui...
dengan menangis..
aku rasa lapang...
dengan mengalirkan airmata
aku dapat meluahkan segala yang terpendam ....
aku rela begini...
menangis sendiri
kerana hanya diri ku sendiri yang
boleh menyimpan rahsia diriku ini ...

tapi kini...
aku lebih bahagia..
aku berkongsi airmata dengan kekasih hatiku Sabastian
aku senang mencurah segala derita hatiku kepadanya
aku bisa menangis semahu mahunya dalam pelukannya ...
aku bisa menangis sepuas puasnya sambil dia membelai rambutku
tidak pernah aku merasakan betapa aku
berasa selamat seperti apa yang aku rasakan
sewaktu Sabastian memujuk dan memeluk ku erat.

Sabastian , kekasih ku
ku harap dirimu tidak jemu
menghapuskan air mata yang jatuh berderai dipipiku
hanya kamu yang pernah melihat airmata ini...
kerana kamu yang tahu siapa diriku ini ...

karana hanya kamu yang mengenalku
sebagai diriku
yang sebenarnya aku....

yang sebenarnya tanpa aku berpura pura kuat
tanpa aku berpura pura menjadi tabah
tanpa aku berpura pura semuanya ok ...

sabastian ...
terima kasih atas pengertian yang kau berikan padaku
terima kasih atas segala kasih dan sayang serta segala kepercayaan mu
padaku.

sesungguhnya .... aku cinta kamu dan bahagia bersama mu ....
aku bahagia kerana ada kamu.

No comments:

Post a Comment