LOVE

My photo
-Sarah & Sabastian ... percintaan antara BENUA .. takdir yang menemukan mereka.. dan takdir jua yang bisa menentukan nasib percintaan mereka .... terpisah dek jarak n waktu ... namun MASA penentu segalanya ....

Friday 22 April 2011

Chapter 4 ~ 1

Setiap perhubungan yang terjalin , Pastinya amat bererti buat setiap pasangan itu.
Suka dan duka silih berganti ... Bak kata Sabastian life is not every day nice like a smell of roses.
We did argue ... rajuk dan memujuk. Kejauhan ini membuatkan hatiku bimbang. Resah .. curiga ..
Apa yang harus aku lakukan .... Aku sendiri tidak tahu.. aku keliru ...
Kuatkah cintanya kepadaku ...
Setiakah dirinya pada diriku ini??
Siapa aku kalau dibandingankan dengan wanita yang pernah hadir dalam hidupnya.
Siapakah aku dihatinya .....
Perkenalan kami yang singkat... memutikan rasa cinta .. membuahkan rasa sayang....
merinbunkan rasa kasih .... Namun ...akarnya masih tidak utuh memasak bumi .. Tanahnya masih
merah dan harus digembur.
Dibaja dan dijaga.

Aku...
sering terabai. Sering menjadi HEROIN dalam semua cerita
dan babak dalam episode hidupku.
Dari kecil aku berusaha sendiri.
Ditinggal ibu kerana mengikut SUAMI nya yang tercinta.
Meninggalkan aku bersama 3 lagi adik lelakiku..
atas alasan ....
' kesian abah along...
nanti siapa nak masak untuk dia ....'
bukan salah aku kalau tiada siapa yang hendak masak untuk ayahku.
dia pergi meninggalkan kami semua
kerana dia lebih cinta kan KEKASIH gelapnya.
Aku.. ibu serta kelima adik adik ku ditinggalkan pergi begitu sahaja..
Dua tahun Dia hilang tampa kabar... kini pulang..
lalu ingin membawa kami semua pergi.

Namun aku ..angah.. uda dan andak masih bersekolah. Dengan hasil ibu menoreh getah .. mengutip hasil hutan ...pucuk chemperai dan mengutip pucuk paku ditebing sungai ... dan kami berempat turut
menjual kerepek disekolah.
Hanya kerana aku ingin mengubah nasib diriku.
Aku menolak untuk mengikut abah pergi.
Aku tidak pasti akan dapat bersekolah dengan sempurna ditempat baru..
KERANA aku tahu.... siapa AYAHku

Berdosanya aku ini.. Derhakanya aku..
Namun .... kehilangannya tampa berita selama dua tahun yang sudah...
membuatkan aku tidak langsung ingin mendekatinya...
apatah lagi tinggal bersamanya.
Hati aku sakit....

Masih segar diingatan ku..
bagaimana aku setiap hari berjalan ke kedai wakil POS
mengharapkan kiriman berita beserta wang kiriman daripada ayahku yang jauh dimata
Namun... setiap hari aku hampa...
sehinggalah hari itu..
setelah dua tahun menghilang...
dia muncul
dan meminta kami semua pergi bersama..
untuk memulakan hidup baru..
Namun dek kerana persekolahan yang masih ada sepenggal...
Ibuku.. meminta kami untuk tinggal dirumah usang kami
sehingga tamat persekolahan...
Bayangkan.....
Aku ...
seusia 11 tahun ... harus menjaga 3 lagi adikku yang masih belajar....
mampukah aku...
benarkah bagai dijanji....
'Nanti abah kirim duit belanja ... setiap bulan....'

haruskah aku percaya ....... 

No comments:

Post a Comment