LOVE

My photo
-Sarah & Sabastian ... percintaan antara BENUA .. takdir yang menemukan mereka.. dan takdir jua yang bisa menentukan nasib percintaan mereka .... terpisah dek jarak n waktu ... namun MASA penentu segalanya ....

Sunday 10 April 2011

chapter 2 ~ 2

Sudah dua hari aku sendiri. Sabastian masih dalam perjalanan ke kampung halamanya. Panggilan ringkas darinya sewaktu transit di singapore mendamaikan hatiku. Bicaranya menyentuh kalbu . Air mataku tidak hentinya mengalir dan Sabastian juga sama . Perpisahan ini benar benar menganggu hidupku .

Aku cuba untuk tidak memikirkan yang bukan bukan. Cuma untuk menengangkan hatiku yang luka ini. Aku cuba meneruskan segala yang biasa aku lakukan. Namun aku tidak berjaya menghabiskan apa jua yang kulakukan.. kerana aku amat amat takut. Aku takut.. sabastian pergi buat selamanya. Pergi meninggalkan aku .. bukan hanya aku .. crabby juga , abang dan juga adik .. Mana mungkin aku  bisa menghadapinya.

'ah... sudahlah tu... baik aku color lukisan untuk rumah datin Bahyah tu .. esok boleh collect payment ' bisik hatiku memujuk diri sendiri. Bergegas bangun dan mencapai pallet dan juga berus .

No comments:

Post a Comment