LOVE

My photo
-Sarah & Sabastian ... percintaan antara BENUA .. takdir yang menemukan mereka.. dan takdir jua yang bisa menentukan nasib percintaan mereka .... terpisah dek jarak n waktu ... namun MASA penentu segalanya ....

Sunday 17 April 2011

chapter 3 ~ 3

Sehari .... dua hari..... tiga hari.... sampai berapa hari pun aku kira ... aku masih awal sehari. Malaysia dan USA .Aku pagi Sabastian Petang. Aku mau tidur dia baru bangun . Aku sarapan dia dinner ... Namun itu semua bukan masaalah bagiku . Sedaya upaya aku akan meluangkan masa untuk bersamanya . Mungkin ada yang merasakan adalah tidak logik percintaan jarak jauh seperti aku ini .... Ada sesetengan rakanku hairan.. mengapa aku mempercayai cinta ku pada Sabastian yang jauhnya beribu batu.  Yang lagi penting.. mengapa aku terlalu percaya pada cinta lelaki asing dari benua asing yang bukan siapa - siapa pun.
Aku juga tiada jawapan untuk itu. Apa yang pasti aku percaya pada apa yang aku rasa.
Aku rasa bahagia pabila bersamanya... walaupun hanya dia menemani aku diruangan maya ini.
Aku rasa selamat setiap kali berbual dengannya. Aku rasa senang berkongsi cerita dengannya.
Segala suka duka ... Segala rasa yang ada ... hanya untuknya ...

Aku tidak pernah kesal menyintainya. Walaupun adakalanya hati ku terguris .Aku senang terasa . Terkadang aku merasakan PERCINTAAN kami memang terhalang . Terkadang aku merasakan seperti tiada gunanya meneruskan hubungan ini. Namun ... aku tidak pernah dapat melupakan dirinya .Pertelingkahan ...rajuk merajuk ... salah faham sering terjadi lewat hari ini.
Namun aku dan Sabastian pasti kembali lagi ke satu sama lain. Aneh.. aku menangis kerana dia... Namun dalam sesaat aku pasti tersenyum riang.

'Honey ... I'm sorry ' 

dikala dia melafazkan maaf ... aku sudah mula rasa bahagia. Kerana aku sememangnya cinta dia ... hanya dia ....

No comments:

Post a Comment