LOVE

My photo
-Sarah & Sabastian ... percintaan antara BENUA .. takdir yang menemukan mereka.. dan takdir jua yang bisa menentukan nasib percintaan mereka .... terpisah dek jarak n waktu ... namun MASA penentu segalanya ....

Wednesday 13 April 2011

chapter 2 ~ 5

sudah seminggu aku ditinggal pergi oleh cinta hatiku. Jiwa ku rasa amat kosong
dan tidak bermaya. Perasaan ku menjadi tidak enak. Hampa terasa kerana perubahan cuaca
dan juga perbezaan masa membuatkan aku dan Sabastian semakin jauh.


Walau berkali Sabastian berjanji akan mengatasi semuanya dengan bijak
namun.. aku masih merasakan ada jarak pemisah antara kami.Sudah dua hari aku gagal menjejakinya . Tiada panggilan talifon. tiada email . Hati aku jadi tak keruan .

Sungguh aku benci dengan perasaan curiga ini. Adakah dia melupakan diriku ini.. ataupun dia ditimpa musibah.Sesungguhnya keadaan kesihatannya tidak berapa baik sebulan yang lalu. Dadanya sering sakit.
Nyilu katanya .....

No comments:

Post a Comment