LOVE

My photo
-Sarah & Sabastian ... percintaan antara BENUA .. takdir yang menemukan mereka.. dan takdir jua yang bisa menentukan nasib percintaan mereka .... terpisah dek jarak n waktu ... namun MASA penentu segalanya ....

Saturday 21 May 2011

chapter 7 ~ 1

Badanku sakit semua.
Luluh rasa isi tubuhku .... relai dari tulang temulangku..

Aku rasa penat yang amat sangat...

Dulu...
Suatu waktu dahulu ...
Aku pernah hilang jiwa dan juga ragaku.
Aku pernah mengharungi saat getir dalam hidupku.


Aku pernah jatuh....
Aku pernah jatuh lalu tersungkur ....
Begitu payah aku cuba bangun...
Lemah lututku untuk berdiri... tetapi ku gagahi...
Aku berlari dalam kesakitan...
Aku merangkak dalam kepedihan...
Walau tiada siapa pun yang tahu rasa sakit hati ini...
Walau tida siapa yang tahu rasa nyilu hati ini ...

Namun semuanya berubah ..
Apabila aku bertemu dengan lelaki inggeris yang bermata biru
Redupan pandangannya mendamaikan hatiku...
Senyumannya menghilangkan resahku ...
Segala bicaranya menyentuh kalbu...

Sudah lama tiada CINTA dalam hidupku..
Sudah lama aku hilang percaya dalam cinta..
Bagiku.... cinta itu tidak pernah wujud...
Bagiku... cinta itu terlalu sukar untuk aku mengertikan...

Aku pernah melihat bagaimana ibu terseksa kerana cinta...
Aku pernah merempat kerana cinta ibu kepada ayahku....
Aku pernah ditinggalkan oleh ibuku.... hanya kerana rasa cintanya
pada suaminya... melebihi aku... anaknya... yang masih hingusan...
Aku ditinggalkan....
Aku dibiarkan....
Namun aku bertahan kerana adik - adik ku....
Aku bertahan kerana aku harus menjaga adik - adikku....
Sehingga aku hilang rasa CINTA ku pada ibuku...
aku hilang rasa cinta pada ibu yang meninggalkan aku.....

Sehingga aku bertemu Iskandar ...
Lelaki yang menikahi aku...

2 comments: