LOVE

My photo
-Sarah & Sabastian ... percintaan antara BENUA .. takdir yang menemukan mereka.. dan takdir jua yang bisa menentukan nasib percintaan mereka .... terpisah dek jarak n waktu ... namun MASA penentu segalanya ....

Thursday 19 May 2011

chapter 6 ~ 4

Mentari muncul lagi.
Melebarkan sinar suria menerangi alam.
Sang bulan berlalu menyembunyikan diri.
Mengundur diri.
Kerana menyedari diri tidak diperlukan lagi..

ya.. bulan ... kamu hanya diperlukan dimalam hari..
sewaktu kelam menyelubungi maya. Sewaktu gelap
menutupi kecerahan sinaran mentari...


Begitulah yang aku rasakan kini.
Begitu diriku tidak diperlukan lagi.
Begitu diriku terasing jauh .

Aku tidak pernah merasa dekat dengan anak - anaknya.
Tidak seperti Abang dan Adik yang rapat dengan dirinya.
Adakah bukan wanita pilihan mereka sebagai pendamping bapanya?
Adakah aku bukan pilihan yang tepat buat menemani bapa mereka?
Mereka kah yang tidak menerima aku..
Atau hanya aku yang terlebih perasan ...
perasan bahawa bapa mereka menyintai aku?

Kenapa sukar bagiku untuk bernafas?
Kenapa sukar bagiku untuk aku menikmati kebahagian hidup ini.

Sukar membayangi jawapan bagi persoalanku.
Sukar untuk ku menerima jawapannya ....
Dan sukar untuk aku akui jawapan itu...

Aku mahu bahagia itu milik ku...
Namun apa daya....
Bahagia itu bukan milik ku seorang ....

juga Sabastian...
dia bukan milikku seorang...

tapi aku tahu.... cintanya untukku selalu ada ...
seperti adanya matahari menyinari pagi...
dan bulan menemani malam...

Setiap hembusan nafasku ada cintanya..

No comments:

Post a Comment