LOVE

My photo
-Sarah & Sabastian ... percintaan antara BENUA .. takdir yang menemukan mereka.. dan takdir jua yang bisa menentukan nasib percintaan mereka .... terpisah dek jarak n waktu ... namun MASA penentu segalanya ....

Monday 16 May 2011

chapter 6 ~ 1

Dah tiga jam aku kat sini... Satu panggilan pun tak ada . Satu email pun tak masuk.
YM pun kosong!!!!
Mana dia pergi ni.
Tension betul!!!
Dia tak tahu yang aku ni dok tunggu dia kt sini.
Kalau ada apa - apa hal tu tak reti nak kasi tau. Bikin orang sebal sahaja.
Pantang betul aku...

Yang jadi masaalahnya... bila aku sebal kat dia.
Orang - orang disekeliling aku meluat pulak dengan aku.
mmmmmmm.... geram betul.

'Sarah ...'
' mmmmmmm....'
'Jom makan ......'
'Malas lah... tak lapar hari ni '
'mmmmmmm.... tak lapar ke...
tak dapat berita dari Tien? '
Kan aku dah kata ... Memang sah sah
Farhana boleh baca sikap aku .
Aku makin sebal. Dah lah Sabastian
senyap jer kat sana. Si Farhana ni pulak sibuk
ngan perut dia yang LAPAR tu.
Aku ni selagi tak dapat berita dari
Sabastin selagi tu tak rasa lapar.
mmmmm.. kalau sepuluh hari Sabastian tak hubungi aku....
mungkin aku dah kurus dari Farhana.
Hi..hi..hi.... rosak otak aku ni.

'Jomm..jommm.... ' aku shut down lappy.
Kunci kereta dan hand bag aku capai.
Terkocah - kocah si FARHANA bersiap.

'Kejab Babe... mak nak tencing .... '
Farhana berlari kebelakang. Aku tersenyum sendiri.
'Tadi iya..iya nak makan....' gerutu aku dalam hati.


Tit..Tit..

ada email masuk. Perlu kah aku melihat nya.
Ah.. malas aku. Phone aku masukan kedalam hand bagku.
Pasti Sabastian. Mengingatkan dia aku jadi geram.
Marah pun ada . Sesuka hati saja buat aku tunggu.
Macam aku tak ada kerja lain nak buat. Menyampah .

'Lekaslah nyah!!! mak tunggu kat bawah tau..' jerit aku.

'laila nak pesan apa- apa ke? nak saya bungkus? '
Laila hanya tersenyum. kelihatannya dia memikirkan sesuatu .
'Tak yah lah kak... kang si Farid datang... ajak makan sekali ..'
tersipu-sipu dia.
'Amboiiiiiiii... bukan main lagi si Farid ye..
dia ajak ko sorang saja kah?'
Laila kemerahan. Dia menggangguk perlahan.

'Jom...jom....' Farhana mencapai tas tangannya.
'Jom mak.... i lapar ni..'

1 comment:

  1. pls let me know u ...

    just want to know u ...

    plssss ......

    ben farizal

    ReplyDelete