LOVE

My photo
-Sarah & Sabastian ... percintaan antara BENUA .. takdir yang menemukan mereka.. dan takdir jua yang bisa menentukan nasib percintaan mereka .... terpisah dek jarak n waktu ... namun MASA penentu segalanya ....

Tuesday 10 May 2011

chapter 5 ~ 5

' Bila along nak balik sini lagi '
pertanyaan Busu aku balas dengan senyuman.
Aku sendiri tidak tahu bila aku akan kembali lagi.
Dah besar adik adik ku. Acik pun dah tingi macam galah.
Aktif dia bersukan... macam aku zaman sekolah dulu.

Cuma aku tidak berpeluang untuk mengorak jauh dalam sukan.
Kemiskinan membataskan aku.
Masih ku ingat bagaimana kasut sekolah ku koyak sewaktu aku mendarat dalam
acara lompat jauh. Walau aku menang dipertandingan itu... tapi aku
malu kerana kasut sekolahku yang satu satunya ada koyak rabak.
Kawan- kawan semua ketawakan aku.
Aku malu.

Aku pulang kerumah dengan kasut yang koyak rabak.
Pada emak aku tunjukkan dan berharap dapat gantikan aku kasut baru.
Tapi aku lagi dimarahinya.

'Pandai sangat pergi lompat tu kenapa? mende yang awok dapat dari bersukan tu?
medal tu boleh beli kasut awok ke? '

Aku hanya mendiamkan diri. Nak jawab pun tak ada gunanya.
Aku harus mencari jalan untuk mendapatkan kasut sekolah baru.
Kalau tidak... bagaimana aku hendak kesekolah esok.

Mmmmmmm.... masih ku ingat hari itu.Betapa aku menagis sambil memecahkan tabung buluhku.
Duit hasil jualan kerepek dan juga sayuran kampung. Juga duit saki baki belanja sekolah. Itu pun jarang - jarang aku dapat duit belanja. Duit raya juga aku sumbat kedalam tabung buluh ku itu.

Habis semua duit tabung aku keluarkan
Aku bergegas bersiap. Aku harus mengejar bas untuk kebandar.

Tapi hari ini... Ateh.. Acik dan Busu dapat bersekolah dengan sempurna.
Emak sudah berniaga . hasil jualannya mampu menanggung persekolahan adik - adikku.

Anjang juga sudah dewasa.
Sudah setahun dia kembali kekampung. Sambung belajar di MARA.
Empat tahun dia tinggal bersama ku
Sedari umurnya 13 tahun.
Emak agak susah dikala itu. Walaupun emak masih punya suami.
Ya... suami yang merupakan abahku.
yang tenggelam kemudian timbul.
Tambahan pula Anjang amat lemah dalam pelajarannya.
Sampai ke darjah enam pun dia masih gagal mengenal huruf dengan baik.
Berbeza dengan Tam dan Acik.
Tam baru naik tingkatan satu. Namun dia juga bernasib baik kerana tinggal dengan
Arwah Atukku. Cuma Ateh , Acik dan Busu yang emak harus sekolahkan.
Aku cuba cuba meringan kan beban mak..
Abang baru berumur 3 tahun dikala itu.
Iskandar juga setuju dengan cadangan aku.
Sekurang kurangnya abang ada kawan.

Bermulalah episod baru hidup Anjang.
Membesar bersama abang..
Mereka rapat ... dan Anjang belajar membaca dan menulis
bersama abang..

No comments:

Post a Comment