LOVE

My photo
-Sarah & Sabastian ... percintaan antara BENUA .. takdir yang menemukan mereka.. dan takdir jua yang bisa menentukan nasib percintaan mereka .... terpisah dek jarak n waktu ... namun MASA penentu segalanya ....

Wednesday 29 June 2011

chapter 9 ~ 3

Perpisahan kali ini mematangkan aku.
Aku seakan pasrah dengan segala ketentuanya.
Pasti ada rahmat disebalik segala yang berlalu.

Namun.. aku masih mengharapkan sinaran rembulan yang
berselindung di sebalik
awan yang gelap.
Masih mengharap setitis embun dipadang yang kontang.
Aku masih berharap dan menanti...


Tapi hidup harus diteruskan.
Sesakit mana hati ini...
Seluka mana perasaan ini ...
Aku masih percaya pada apa yang ku rasa.
Ku pasti Sabastian rasa apa yang ku rasa.
Ku pasti Sabastian pasti merindui aku...
Sebagaimana aku rindukan nya..


Aku sibukan diri.
Membuat segala hal dalam sehari.
Setiap minit masa ku terisi.
walaupun aku sudah tidak berdaya melakukannya.

Aku harus kuat.
Aku harus berhenti menangis.
Kerna aku sudah puas menangis...



Dulu... suatu waktu dahulu...
abah pernah pergi meninggalkan aku bersama ibu
dan 5 adik beradik yang lain.
Aku menagis setiap kali berjalan ke depoh pos.
Menagis setiap kali mak cik Esah memberi tahu aku bahawa tiada
surat untuk aku.. dan tiada juga surat buat ibu daripada abah..
Sedangkan abah janji akan kirim khabar berita.
Setiap hari aku pergi... meneliti setiap puck surat yang sampai ke pondok pos kecil kawasan ku itu.
Tapi aku hampa.
Aku menangis dan terus menagis sampai aku hilang rasa sedih dihati.
Aku yakin abah akan pulang suatu hari nanti..
Aku yakin....
Aku amat amat yakin...
kerana aku amat menyayangi Abah.

No comments:

Post a Comment