LOVE

My photo
-Sarah & Sabastian ... percintaan antara BENUA .. takdir yang menemukan mereka.. dan takdir jua yang bisa menentukan nasib percintaan mereka .... terpisah dek jarak n waktu ... namun MASA penentu segalanya ....

Monday, 25 July 2011

chapter 10 ~ 3

Kemana pun kaki melangkah ....
pasti beribu kemungkinan aral yang mendatang...
Bersiapa sedialah wahai hati...
Bersiap sedialah wahai jiwaku ....

tabahkan lah hati...
kuatkan lah semangat...
kerana kenyataan hidup tidaklah seindah mimpi.
Kerana kenyataan hidup bisa merobek hati..
bisa memusnahkan jiwa..
dan juga bisa menghancurkan harapan.

Aku sudah malas berfikir.
Aku sudah jemu mengharap..
Aku juga sudah penat menanti...
Meneruskan pencarian mungkin hanya akan melelah kan aku...
Terus menanti juga mungkin akan menambah derita batin ku ini.

Aku pasti.....
Akan ku terima Taufiq dan hidayah daripada rentetan Derita ku ini.
Walau ku tak pasti bila...
Namun aku yakin padanya Ya Allah..
Aku yakin dengan segala takdir yang telah kau suratkan buatku..


Bila ku mengenangkan kisah silam....
Pasti aku amat amat bersyukur dengan segala rahmatmu.
kerana aku yakin... Kau amat menyayangiku atas segala ujian mu...
Kerana para sahabat selalu memberiku inspirasi dengan berkata...

" Kerana Allah sayang kau.. dan 'DIA' yakin kau boleh menghadapinya..."

dan ada yang berkata padaku..

" Kalau 'Allah ' tak sayang kau... dia tak uji kau.... "


maka... aku amat amat berbangga menjadi insan
terpilih untuk menghadapi segala dugaan yang telah tersurat buatku....
Dan aku tidak akan sesekali menyesali takdir hidupku.

No comments:

Post a Comment