LOVE

My photo
-Sarah & Sabastian ... percintaan antara BENUA .. takdir yang menemukan mereka.. dan takdir jua yang bisa menentukan nasib percintaan mereka .... terpisah dek jarak n waktu ... namun MASA penentu segalanya ....

Wednesday 29 June 2011

chapter 9 ~ 3

Perpisahan kali ini mematangkan aku.
Aku seakan pasrah dengan segala ketentuanya.
Pasti ada rahmat disebalik segala yang berlalu.

Namun.. aku masih mengharapkan sinaran rembulan yang
berselindung di sebalik
awan yang gelap.
Masih mengharap setitis embun dipadang yang kontang.
Aku masih berharap dan menanti...


Tapi hidup harus diteruskan.
Sesakit mana hati ini...
Seluka mana perasaan ini ...
Aku masih percaya pada apa yang ku rasa.
Ku pasti Sabastian rasa apa yang ku rasa.
Ku pasti Sabastian pasti merindui aku...
Sebagaimana aku rindukan nya..


Aku sibukan diri.
Membuat segala hal dalam sehari.
Setiap minit masa ku terisi.
walaupun aku sudah tidak berdaya melakukannya.

Aku harus kuat.
Aku harus berhenti menangis.
Kerna aku sudah puas menangis...



Dulu... suatu waktu dahulu...
abah pernah pergi meninggalkan aku bersama ibu
dan 5 adik beradik yang lain.
Aku menagis setiap kali berjalan ke depoh pos.
Menagis setiap kali mak cik Esah memberi tahu aku bahawa tiada
surat untuk aku.. dan tiada juga surat buat ibu daripada abah..
Sedangkan abah janji akan kirim khabar berita.
Setiap hari aku pergi... meneliti setiap puck surat yang sampai ke pondok pos kecil kawasan ku itu.
Tapi aku hampa.
Aku menangis dan terus menagis sampai aku hilang rasa sedih dihati.
Aku yakin abah akan pulang suatu hari nanti..
Aku yakin....
Aku amat amat yakin...
kerana aku amat menyayangi Abah.

Wednesday 22 June 2011

chapter 9 ~ 2

" Mommy... Ate mana? "
" Ate Buzy .... just feed the fish n log out ok? "
" Noooo..... Nak Clean Ate Tank ... Ate fish also Hungry lah Mommy "

Hiisssshhhhhh... geram betul hati aku!! Sakit sungguh.
Anak kecik aku ni tak faham sungguh gelodak yang melanda jiwa MOMMY dia.

" Adik.... faster ... nak makan lagi.. nanti nak gi school kan...
malam karang baru gi bagi ikan makan..... "

Aku lantas mengankat tubuh kecil anakku.
Membawanya kebilik mandi dan memandikannya.
Menitis air mata ini bila mengenangkan kerinduan ku pada Atenya.
Aku tahu bukan aku sahaja yang merindui Sabastian.
Anak - anakku juga merasainya.
Gelora rindu ini tak tertanggung rasanya.
Tapi siapalah aku untuk memintal buih yang memutih...
Tak mungkin berubah keadaan kami semua.


Perpisahan ini memukul jiwaku.
Merobet jantungku.
Mengenangkan dirinya..
yang mungkin amat BAHAGIA disana..
Apa harus aku menagisi kebahagian itu...
Atau biar sahaja...

Biar sahaja semuanya berlalu!!!!


" Mommy..... pedihlah mata atik ni..."

Tuesday 21 June 2011

chapter 9 ~ 1

" Babe..... sorrylah ....."
aku hanya berdiam diri.
Terharu dan tersentuh hatiku apabila Farhana
bergeges turun dari kuantan.
"U nak I try hubungi Tien ke Babe?"
Aku menggelengkan kepala lagi.....

" Hana... biarlah ... dia dah buat keputusankan .."
" Laaaaa... gitu pulak ..."
aku tahu Farhana memahami perasaan aku..

" mmmmmm... if that what u want toooo..... sooooo...
lets do it gal...  why
U have to be sad like this.."

' Aku tahu... tapi Hana....aku tak faham
kenapa Tien hilang sabar lately ...
he not like that before ..... he just go..
jst like that..... "

' Babe..... ingat tak dulu... he was doing the same thing...
bila i tegur dia pasal perangai dia... dengan I ..i sekali
dia remove frm his friend list... remember??

Aku tersenyum mengenangkan peristiwa
yang disebut Farhana.
Lucu... Sabastian memang lucu adakalanya.
hanya kerana pertelingkahan kecil aku dengannya...
dan Farhana membidasnya dengan Email mautnya....
dan dia semarah - marahnya ..... lantas Farhana hilang
dari senarai rakan FBnya... Bukan Farhana sahaja...
dengan aku - aku sekalian.

"Syakila pun pernah komen bende yang sama tau babe...." 
aku memberitahu satu rahsia kepada Farhana.
" Syakila pun dia remove??? "
" emmmmmmmm... dia marah bila Syakila punya BF add aku!!! ... '
" laaaaaaaa... apa yang ngok sangat dak Tien tu....."
" Bf si Syakila tu kan Cina.. dia kan tahu aku ade sejarah cinta ngan CINA .."

Terlopong Farhana mendengar ceritaku.Sesekali kami tergelak kecil.
dan sesekali kami tergelak sakan.
Berguling - guling si Farhana.

Saturday 18 June 2011

chapter 8 ~ 5

' Mentari menyingsing pergi ....
Meninggalkan hari cerah bertukar gelap..
Meninggalkan awan yang berarak kelabu.
Toada tanda bulan akan muncul membantu...
Tiada bintang menerangi malam...
Cuma kelihatan cahaya kilat yang memancar..
memercikkan api kemarahan.....

Dari jendela kamar ...
aku mengintai malam ...
Betapa ianya hambar...
Betapa ianya tidak bermaya...
Tapi..
Aku berusaha untuk tabah...
Aku terus berusaha untuk cekal...
Aku harus akur dengan ketentuan Allah ...
Pasti segala yang berlalu ada hikmahnya ..
Kerana Allah MAHA MENGETAHUI ...

Dalam hati ini....
Ada satu nama ...
Nama seorang insan yang amat - amat aku rindui..
Aku rindukan senyumannya ...
Aku rindukan gelak tawanya....
Tutur bicara yang manis... lembut dan mempersonakan...
Kenapa dan mengapa .... perpisahan ini terjadi..
Aku tiada berupaya menetang takdirnya lagi.

Andai itu terbaik buat aku.. dia dan kamu ...
Bersamalah kita pasrah ..
Dalam ,meniti hari mendatang...
Kerana ....
Aku tampa kamu ....
seupama camar yang melintas laut...
Mencari pohon untuk berteduh...
Kerana Dia .... bukan mahuku....

Aku akan terus melangkah ...
Melewati waktu waktu lalu..
Bersama kenangan mu yang abadi ... dihati.

Sabastian .... aku cinta kamu .... selamanya.
Seandai sahaja kamu tahu .... betapa aku rindu ...
betapa aku perlu kamu .... dan seandai kamu bisa merasai..
gelora dijiwaku ......  '


kedua tangan ku tekap kedadaku.
Betapa jantungku berdegup kencang .....
sekencang taufan NARGIS yang melanda Myanmar ....
Aku mengharapkan setitis embun....
dipadang pasir .........

Thursday 16 June 2011

chapter 8 ~ 4

Melangkah masuk keruangan yang pernah aku lewati satu masa dahulu
membuatkan aku terasa nyilu.
Sudah empat tahun aku dan Iskandar memilih untuk hidup berasingan.
aku memilih untuk meninggalkan Mahligai yang
pernah kami bina bersama.

Tanpa pernah iskandar memujuk hatiku yang terluka.
Tanpa pernah Iskandar mempedulikan kami bertiga...
Dia terus hanyut dalam dunianya sendiri.

Mengenangkan kenangan lalu...
Aku terfikirkan Sabastian.
Apa kah kabarnya disana...
Rindukah dia pada diriku ini.
Marahkah dia pada keputusan yang ku buat ini.
Aku tidak mahu dia terluka...
Apatah lagi salah sangka.

Namun apa daya ku.
Kami terputus hubungan.
Aku tidak tahu kemana dia pergi??
Apa yang telah terjadi kepadanya.

Janjinya untuk pulang sebulan...
tapi kini dia pergi sudah lima bulan disana.
Meninggalkan aku dan anak terkapai kerinduan disini.

'Ahhhhhh.... benci betullah ..... semuanya serba tak kena.....'

Monday 13 June 2011

chapter 8 ~3

' Apa maksud you? ' sememangnya aku fahami maksud dan niat dihati Iskandar.
Namun apa rasa Sabastian bila mengetahui aku kembali tinggal serumah dengan
Iskandar?
Terlukakah hatinya?
Terguriskah perasaannya?
Haruskah aku berterus terang pada keluarga Iskandar atau
haruskan aku mendiamkan diri....

' Sayang....... if only you here ..... i really need ur shoulder ' bisik hatiku...
Iskandar hanya mendiamkan diri..
Seperti biasa.. dia hanya mengundang marah dihatiku.
Dia sepertia biasa tiada jawapan buat setiap persoalanku...
Aku memandangnya denga seribu pertanyaan...


' Habis... you nak father i mati cepat ke? You nak suruh dia terkejut lagi?'
tajam sungguh kata- kata yang lahir dari bibir Iskandar. Tanpa berlapis.

' Tapi sampai bila? ' soalku lagi
' Entah ... sampai Ayah keluar hospital lah kot '

Adakah aku mempunya pilihan yang lain....... aku buntu

Friday 3 June 2011

chapter 8 ~ 2

Melihat wajah ceria Tok Mud membuatkan hatiku luluh.
Betapa dia seorang yang tabah.
Berusaha menyembunyikan setiap kesakitan yang dirasainya.
Adik dan abang tidak mendapat kebenaran tuk masuk.
Meraka hanya berlegar di ruangan Lobi.
Mujur aku dapat menghubungi bibik mereka.

Serangan jantung yang menyerangnya agak tidak ganas.
Pak Mud hanya mendapat serangan pertama yang agak ringan.
Kalau nak di bandingkan dengan usia .... ternya Pak Mud seorang yang
tabah dan kuat semangat.

Aku kagum.
Kagum dengan semanagat yang dimiliki beliau.

Pak Mud masih bisa tersenyum...
menceritakan kembali kisah bagaimana serangan yang dilaluinya.
ditokoh tambah dengan cerita dari sahabat handainya...
dia ketawa berkekah - dekah.

Aku cuma tersenyum.
Mengambil saki baki semangat yang tinggal..
Bagai mana untuk ku terangkan...
dan bagaimana untuk kusampaikan.
Tergamak kah aku menyampaikannya?
Sanggupkah aku melukakan hatinya...


Ya Allah... kau permudahkan segala nya....
Aku mohon padamu Ya Allah...

Thursday 2 June 2011

chapter 8 ~ 1

' Apa? bila?.... ohhhh.... ok..ok... Dr cakap Apa? '
' emmmmmm..... yaaa......'
' Ohh.... ok..ok.... Nanti sarah sampai ye ...'

Aku mendail nombor Iskandar.
Rasa panas membakar wajahku.

' U dekat mana? ... ayah U mana? .... oohhhhhh... yer ke? '
' sooooo... kenapa U tak kasi tau I ? '
' U memang tau.... '

tanpa menunggu penjelasan lebih lanjut aku mematikan talian talifon.
Malas aku bercakap denga insan yang bernama Iskandar.
Memanjangkan bicara boleh menambahkan lagi bara yang tersimpan...

Aku harus mencari susur keluar.
Aku perlu rehat untuk menenangkan hati.
Kedua putraku enak tidur .
Crabby juga.

Apa yang harus aku lakukan...
Haruskah aku membatalkan percutian ku bersama anak anakku?
Haruskah aku berada disana ..
bersama keluarga mertuaku..... bekas mertuaku.

Tapi... TAK ada siapa pun yang tahu penceraian kami.
Berada bersama bereka bermakna aku harus berlakun kembali.
Terbayang bayang wajah Tok Ngah Tipah.
kakak ayah mertuaku yang sememangnya rapat denganku.

Dapatkah rahsia ini terus menjadi rahsia?